Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS (PICOMS) telah menandatangani Memorandum Perjanjian dan Persefahaman bersama Hospital Pusrawi bagi meningkatkan imej Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sbg pemain penting dlm industri kejururawatan yang terulung. Program yang berlangsung di Dewan Utama PICOMS, Kampus Batu Muda ini turut diselitkan dengan Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran QR Code: SnapNPay Pusat Waqaf MyRahmah PICOMS.

Naib Canselor PICOMS, Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman berkata, kerjasama bersama Hospital Pusrawi ini adalah bagi pembangunan Modul Shariah Kompliant hospital dan Muslim Chaplaincy yang bakal memberikan lonjakan baru dlm segmen pengurusan hospital dan penjagaan dan perawatan pesakit.. “Program ini bagi menyokong konsep mesra ibadah dan islam sebagai Rahmatalil Alamin bagi memenuhi dasar baru di bawah gagasan Yang Berhormat Datuk Seri Mujahid Bin Yusof”, katanya selepas majlis perasmian itu. Hadir menyaksikan dan merasmikan Majlis ini ialah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Yang Berhormat Datuk Seri Mujahid Bin Yusof.

Selain Majlis Menandatangani Perjanjian & Persefahaman (MoA & MoU) dengan Hospital Pusrawi, PICOMS turut menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama rakan-rakan industri PICOMS dalam usaha memperluaskan jaringan kerjasama bagi memperkasakan kurikulum PICOMS yang sedia ada dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan dan dalam masa yang sama, Seramai 21 orang Alumni PICOMS yang telah dipilih, sedang dalam proses  mengusai bahasa Jerman sebagai persediaan untuk meneruskan karier mereka di sana, dibawah naungan PICOMS sendiri.

Antara rakan industri yang terlibat dalam majlis hari ini adalah Akademi Tahfiz Medik, Akademi Kecantikan Artistik Diyana, Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (Dpukm), Akademi Mobile Spa Jari Emas, Persatuan Pengamal Senaman Melayu Malaysia (PERSENAM), Persatuan Pengamal Urut Teraputik & Penjagaan Melayu Malaysia (PUTRAM), Econ Medicare Centre And Nursing Home Sdn Bhd. Dalam masa yg sama, beliau turut yakin dengan inisiatif Naib Canselor PICOMS yang akan memperkenalkan kurikulum  Perubatan Melayu yang berasaskan tradisi perubatan melayu dan juga ilmu sains perubatan yang mana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai dan prosedur serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah dalam masa terdekat ini.

Majlis hari ini juga menyaksikan Yang Berhormat Datuk Seri Mujahid Bin Yusof merasmikan Pecah Tanah bagi Kompleks Akademik baru Kampus Utama PICOMS. Komplek Akademik setinggi 5 tingkat yang dibangunkan oleh pihak MAIWP dengan kos 16 Juta ini bakal menempatkan pelajar dengan kemudahan bilik tutorial, bilik seminar, makmal perubatan, bilik pensyarah serta dewan kuliah. Ia sekaligus akan mengurangkan masalah kekurangan bilik kuliah dan tutorial kesan daripada pertambahan pelajar PICOMS terutamanya pelajar-pelajar golongan asnaf yang meningkat setiap tahun serta memerlukan suasana pembelajaran juga pengajaran kondusif bagi keselesaan pelajar.

MAIWP yang bertanggungjawab mengagih dan memanfaatkan wang zakat yang diterima daripada pembayar dalam konteks pendidikan dan pembangunan modal insan turut menyerahkan status mutawalli pada majlis hari ini kepada pihak PICOMS bagi membolehkan PICOMS untuk melancarkan program waqafnya sendiri melalui Pusat Waqaf MyRahmah dalam usaha membangunkan PICOMS sebagai Universiti Wakaf MAIWP yang telah diwar-warkan sebelum ini. Dalam majlis hari ini, PICOMS turut melancarkan program waqaf pertamanya melalui aplikasi SnapNPay Bank Islam bagi memudahkan orang ramai menyumbang kepada wakaf Pendidikan.

Turut hadir pada majlis ini ialah Datuk Haji Abdul Aziz Bin Jusoh (Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan), Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr.Mohamed Salleh Mohamed Yasin (Pengerusi, Lembaga Gabenor PICOMS), Prof Dr Abdul Latiff bin Mohamed (Pengerusi, Lembaga Pengarah PICOMS), Prof Dr Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman (Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS).

 

Dikeluarkan oleh:

Bahagian Komunikasi Korporat, Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS