Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS telah menerima kunjungan delegasi panel penilai bagi Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program oleh MQA pada 14 hingga 15 Januari 2020.

Lawatan penilaian pematuhan akreditasi ini melibatkan program-program dibawah Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Farmasi yang mana 6 program telah dinilai secara menyeluruh.

Proses penilaian yang berjalan selama dua hari ini telah berjalan dengan lancar. Setinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dari peringkat pengurusan tertinggi PICOMS, fakulti serta para pelajar dan alumni.

Semoga dengan penilaian berterusan ini akan memacu PICOMS dalam menjadi sebuah kolej universiti yang unggul dan berdaya maju. Selaras dengan moto PICOMS iaitu Ke Arah Kecemerlangan Holistik dalam Pendidikan dan Penjagaan Pesakit.