Kolej Universiti Antarabangsa (PICOMS) melalui Fakulti Pengurusan menganjurkan program keusahawanan yang dikenali sebagai PICOMSPreneur. Program ini bertujuan memberi ilmu perniagaan kepada pelajar asnaf agar dapat meningkatkan taraf sosioekonom mereka, seterusnya keluar daripada belenggu kemiskinan.

Naib Canselor PICOMS, Profesor Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman berkata, program ini bagi menyokong agenda pelan induk pembangunan sosioekonomi melalui pemadanan perniagaan di antara pelajar dan masyarakat asnaf dengan pihak Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Tambah beliau, program ini menyediakan platform keusahawanan kepada pelajar yang berminat menjadi peniaga dan bersaing di pasaran semasa. Bagi merealisasikannya, beliau berharap agensi lain seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan dapat menyalurkan bantuan kepada PICOMS menerusi tajaan.

Source : MalaysiaGazette