• Exam Unit Register


UCAPAN ALAUN DARI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PICOMS


Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi atau PICOMS adalah satu nama baru di arena persada IPTS. PICOMS adalah anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Penubuhan PICOMS bukan untuk bersaing dengan IPTS lain kerana kami mempunyai identiti tersendiri. Walaupun sekarang terdapat banyak IPTS yang menawarkan kursus bidang sains perubatan dan kesihatan, namum PICOMS agak berlainan kerana matlamat utama kami bukan untuk mendapat keuntungan semata-mata tetapi PERTAMA NYA yang paling penting pendidikan yang disediakan oleh Kolej yang menitikkanberatkan nilai-nilai murni insan berpaksikan prinsip-prinsip Islam dan KEDUA NYA kemudahan bantuan Baitulmal MAIWP bagi yuran pengajian dan bantuan perbelanjaan harian, iaitu wang saku setiap hari yang tidak terdapat di IPTS yang lain. Ini semua disalurkan oleh Baitulmal MAIWP melalui PICOMS sebagai anak syarikat , kepada pelajar-pelajar dari golongan asnaf. 


Namun begitu, PICOMS membuka permohonan kepada semua lapisan pelajar, tanpa mengira agama, bangsa, keturunan mahupun taraf pendapatan keluarga. Oleh kerana kelainan pendekatan ini, maka walaupun usia PICOMS tidak sampai dua tahun selepas penjenamaan semula, sudah mencapai jumlah hampir 1600 pelajar pada penghujung 2012 berbanding hanya 300 pada tahun 2011. Dengan program-program baru peringkat Diploma seperti Farmasi, Pembantu Perubatan, Fisioterapi, Sains Perubatan, Perubatan Islam, Sains Kesihatan dan lain-lain lagi, dimana bakal-bakal graduan akan berurusan terus dengan pesakit, PICOMS juga bertanggungjawab menanamkan konsep penjagaan pesakit secara holistik, merangkumi aspek spiritual, mental, fisikal dan sosial semasa latihan kepada pelajar-pelajar.


Aspek kesejahteraan mental pelajar juga di utamakan di PICOMS kerana kita percaya kejayaan pelajar juga bergantung kepada kestablian emosi, kemantapan sahsiah & personaliti, kecerdasan fizikal serta pergaulan sosial yang positif. Pendekatan ini akan kita lakukan dengan memasukkan banyak program-program PPD atau Pembangunan Personaliti & Professional merangkumi tazkirah, kuliah, kem-kem kepimpinan, kemahiran komunikasi, sukan dll. Fungsi & matlamat PICOMS bukan setakat pendidikan dan latihan sahaja tetapi menjurus juga kepada perkhidmatan. Maka, PICOMS dengan bantuan MAIWP telah membina Pusat Hemodialisis, Pusat Fisioterapi dan Nursing Home Care yang diurustadbirkan oleh PICOMS. Langkah ini akan memberikan peluang latihan yang lebih luas untuk semua pelajar-pelajar yang berkaitan dengan bidang ini, disamping dapat menyediakan latihan amali bagi kursus ‘post basic renal’ untuk jururawat-jururawat yang berminat.


Kita jangkakan kemasukan pelajar-pelajar akan meningkat pada masa akan datang dan perancangan juga sedang dibuat untuk pengambilan pelajar-pelajar dari luar negara. Dengan peningkatan pelajar pada masa akan datang dan bagi menampung latihan klinikal pelajar-pelajar, selain dari Hospital Pusrawi dan hospital kerajaan, PICOMS akan berusaha untuk menyediakan sebuah ‘teaching hospital’, agar tidak terlalu bergantung kepada hospital-hospital kerajaan. Banyak telah dibuat selepas penubuhan PICOMS dan banyak lagi sedang dirancang oleh PICOMS. Ini termasuk menaiktarafkan kemudahan-kemudahan pendidikan dan infrastruktur, suasana persekitaran kerja yang harmoni dan menguntungkan untuk kakitangan & keluarga, PICOMS akan membantu & memberi peluang mengasah bakat profesional masing-masing supaya hasilnya dapat kita kongsi bersama-sama, sesuai dengan matlamat penubuhan IPTS oleh Kementerian Pengajian Tinggi. 


Kita yakin dengan usaha-usaha pengembangan PICOMS ini, akan memenuhi kriteria bagi membolehkan PICOMS mencapai taraf Kolej Universiti tidak lama lagi, seterusnya menjadikan PICOMS sebagai pilihan kolej universiti untuk pendidikan tinggi, kepakaran & profesional. PICOMS akan terus bergerak, dengan matlamat utama untuk memastikan falsafah, visi dan misi PICOMS akan tercapai. Bagi pihak PICOMS, saya ingin juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada sektor berkaitan pendidikan termasuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hospital-hospital latihan pelajar dan lain-lain pihak diatas sokongan dan bantuan yang diberikan. Semoga usaha ini diberkati ALLAH & kita berharap sokongan dari semua pihak ini sentiasa berterusan pada masa akan datang. 


Akhir sekali, saya bagi pihak pengurusan dan pelajar-pelajar, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, juga kepada warga MAIWP dan anak syarikat MAIWP, agensi-agensi dibawah Menteri di JPM dan semua yang terlibat didalam usaha pengembangan PICOMS ini.

 

Terima kasih juga kepada semua kakitangan PICOMS atas usaha gigih melaksanakan pelan-pelan perancangan. 

  

KE ARAH KECERMERLANGAN HOLISTIK DALAM PENDIDIKAN & PENJAGAAN KESIHATAN

 

AHMAD ZAKUAN BIN KHAIRUDDIN

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PICOMS

Home

Message

About Us

Other Services

Media Gallery

Faculties

Calendar of Event

Contact Us

Library

MPP

Student Facilities